1. Gelar Putera Bani Tamim
Dari Abdullah bin al-Haris bin Jaz-uz Zabidi RA katanya, sabda Nabi SAW,
"Akan keluar orang-orang dari Timur, lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Mahdi, yakni tapak pemerintahannya." (Ibnu Majah)
"Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang Putera yang
akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini
yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Putera dari Bani Tamim
itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang
panji-panji al-Mahdi." (At-Tabrani)
2. Imam Mahdi Dan Panji-Panji Hitam
Sabda Nabi SAW, "
Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya
Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah
kalah dengan pasukan mana pun." (Ibnu Majah)
Sabda Nabi SAW, "
Panji-panji Hitam akan keluar dari arah Khurasan, dan sementara itu kawan-kawan al-Mahdi (pula) keluar menuju ke Baitulmaqdis."
Sabda Nabi SAW, "
Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang
dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak
di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada
Khalifah Allah yang mendapat petunjuk." Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim)
Sabda Nabi SAW, "
Apabila kamu melihat Panji-panji Hitam telah
diterima di sebelah wilayah Khurasan, maka datangilah dia sekalipun
terpaksa merangkak di atas salji kerana padanya itu ada Khalifah Allah
iaitu al-Mahdi." (Abu Nuaim)
Abdullah bin Syuraikh berkata, "
Bersama-sama munculnya Al-Mahdi adalah panji-panji Rasulullah SAW, lengkap dengan cap-capnya sekali."
Kata Sayidina Ali KMW, "
Apabila Panji-panji Hitam menghala ke
arah As-Sufyani, dan para pengikut Syuaib bin Saleh mencari-cari
Al-Mahdi, dia akan muncul dari Makkah dan bersama-sama dengannya adalah
Panji-panji Rasulullah SAW. Dia akan membahagi dua pasukannya
mengerjakan sembahyang, setelah orang ramai meletakkan harapan kepadanya
selain berpanjangan bala yang menimpa mereka. Setelah selesai
sembahyang, dia mendapatkan mereka dan berkhutbah, "Wahai manusia,
ujian-ujian yang berterusan menimpa umat Muhammad SAW, terutamanya
kepada Ahlulbait, (antaranya) adalah (kerana) kamu dikuasai dan
dipersalahkan."
3. Gelar Ikhwan
Kata sahabat RA,
"Al-Mahdi berserta askarnya akan muncul daripada Timur.
Sekiranya gunung menjadi penghalang (perjalanan) mereka, nescaya gunung
itu akan (mereka pukul sehingga) hancur rata menjadi jalan mereka."
Sabda Nabi SAW,
"Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati
mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang
mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka,
sekalipun terpaksa merangkak di atas salji." (Al-Hafiz Abu Nuaim)
Kata Sayidina Ali KMW,
"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya
(tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar
dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka
itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat
kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan
gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan
seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."
Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,
"Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka
tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak
pernah melihatmu?" Baginda SAW menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan
mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman
kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan
mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali).
(Muslim)
Rasulullah SAW, ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini yang maknanya kira-kira begini:
"Apabila azan sang muazin, berserulah dia, 'Asyhaduan
Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya
para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah
SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya
(bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian
Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga,
juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang
akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak
nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin.
Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum
mukminin."
Sabda Nabi SAW,
"Orang ramai daripada Timur (Ikhwan itu benar-benar) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi."
"Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka
adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka,
hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun
terpaksa merangkak di atas saljui."
Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA juga ada
menceritakan mengenai sifat istimewa Ikhwan ini, dalam hadis berikut
yang maknanya kira-kira begini:
"Di antara umatku yang bersangatan cintanya kepadaku, ialah
manusia yang hidup sesudahku. Salah seorang di antara mereka itu
(kerana) sangat ingin melihatku, (sehingga sanggup menjual) dengan anak
isteri dan seluruh harta bendanya."
Sebuah asar lain yang bersumber daripada Sayidina Ali RA menceritakan
dengan lebih terperinci sifat-sifat Ikhwan ini, seperti berikut;
"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya
seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang
lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari
hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalaulah mereka
berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mampu mereka lakukan.
Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan
satu ayah."
Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang
amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini
dengan sabdanya,
"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku." Maka bertanyalah
para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?"
Rasulullah SAW menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan
Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah
melihatku."
Hadis ini diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA dan Anas RA dengan matan yang sedikit berlainan.
Sabda Nabi SAW,
"Al-Mahdi akan datang setelah munculnya Panji-panji Hitam dari
sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan
pasukan mana pun."
Beberapa hadis yang punya pengertian umum, namun mempunyai arti khusus di akhir zaman ini:
Sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA,
"Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali
menjadi asing, seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang
asing itu." Muslim
Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah RA menyebutkan kira-kira begini:
"Sentiasa ada satu golongan daripada umatku, (mereka)
memperjuangkan kebenaran, selalu memperoleh kemenangan sampailah ke hari
kiamat. Maka turunlah Nabi Isa bin Maryam AS (kepada mereka). Maka
berkatalah pembesar mereka (Imam Mahdi) kepadanya, "Marilah ke hadapan,
imamkan sembahyang kami." Jawabnya, "Tidak. Sesungguhnya sebahagian kamu
menjadi umarak bagi yang lain." Inilah suatu penghormatan daripada
Allah untuk umat ini." Muslim
4. Kemuliaan Ikhwan
Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,
"Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak
pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah
melihatmu?" Baginda SAW menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka
bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku
dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak
pernah melihatku." (diulang 3 kali).
(Muslim)
5. Siapakah Ikhwan
Rasulullah SAW, ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini yang maknanya kira-kira begini:
"
Apabila azan sang muazin, berserulah dia, 'Asyhaduan Lailahaillallah',
(ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah
rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan
segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah
SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada
syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan
keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan
mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak
(orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."
Dari Abdullah RA, katanya:
"
Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW menanyakan, "Ya Rasulullah,
bagaimana pendapatmu mengenai seorang yang mencintai suatu kaum, sedangkan dia
belum pernah bertemu dengan kaum itu?" Rasulullah SAW menjawab, "Orang
itu nanti akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya itu."( Muslim)
Sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA,
"
Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali menjadi
asing, seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu."
(Muslim)
Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah RA menyebutkan
kira-kira begini:
"
Sentiasa ada satu golongan daripada umatku, (mereka) memperjuangkan
kebenaran, selalu memperoleh kemenangan sampailah ke hari kiamat. Maka turunlah
Nabi Isa bin Maryam AS (kepada mereka). Maka berkatalah pembesar mereka (Imam
Mahdi) kepadanya, "Marilah ke hadapan, imamkan sembahyang kami." Jawabnya,
"Tidak. Sesungguhnya sebahagian kamu menjadi umarak bagi yang lain."
Inilah suatu penghormatan daripada Allah untuk umat ini." (Muslim)
Sabda Nabi SAW,
"
Al-Mahdi akan datang setelah munculnya Panji-panji Hitam dari sebelah
Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun."
Sabda Nabi SAW,
"
Orang ramai daripada Timur (Ikhwan itu benar-benar) akan muncul, kemudian
menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi."
Ikhwan ini jumlahnya sudah ditetapkan oleh baginda SAW sendiri, berdasarkan
beberapa buah hadis, yang salah satunya adalah seperti berikut;
"
Tiga ratus empat belas orang yang di antaranya adalah perempuan, bergabung
dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim
dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah
itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa
al-Mahdi."
Ada satu sifat istimewa yang dimiliki oleh Ikhwan ini, iaitu tahan uji, penuh
sabar zahir dan batin, ikhlas dalam berjuang, sentiasa bertakwa kepada Allah,
seperti yang disebutkan di dalam hadis ini;
"
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah
kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang
kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di
atas salju."
Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA juga ada menceritakan
mengenai sifat istimewa Ikhwan ini, dalam hadis berikut yang maknanya kira-kira
begini:
"
Di antara umatku yang bersangatan cintanya kepadaku, ialah manusia
yang hidup sesudahku. Salah seorang di antara mereka itu (kerana) sangat ingin
melihatku, (sehingga sanggup menjual) dengan anak isteri dan seluruh harta bendanya."
Sebuah asar lain yang bersumber daripada Sayidina Ali RA menceritakan dengan
lebih terperinci sifat-sifat Ikhwan ini, seperti berikut;
"
Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya seramai tentera-tentera
Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka
itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan
besi. Kalaulah mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mampu
mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu
ibu dan satu ayah."
Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat
dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,
"
Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku." Maka bertanyalah para
sahabat, "Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah
SAW menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah
orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."
Hadis ini diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA dan Anas RA dengan matan yang
sedikit berlainan.
"
Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan
segala urusan untuk al-Mahdi, yakni pemerintahannya."
6. Peringkat Ikhwan
Dari Nawas bin Sam'an RA, katanya, Suatu pagi Rasulullah SAW menyebutkan hal Dajjal.
"... (Hadisnya panjang... dipendekkan) ... Isa AS mengejar
Dajjal itu sampai ditemuinya di Bab Lud lalu dibunuhnya. Kemudian, suatu
kaum (maksudnya para Ikhwan) yang dipelihara Allah daripada tipuan
Dajjal, datang menemui Nabi Isa bin Maryam AS. Lalu dibarutnya muka
mereka dan diceritakannya kepada mereka tingkat kediaman mereka (yang
tinggi) di dalam syurga. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah
mewahyukan kepada Isa AS: ..." Muslim
7. Imam Mahdi Dan Ikhwan
Muhammad bin Ali al-Hanafiah RH berkata,
"Kami sedang bersama-sama dengan Sayidina Ali KMW apabila
seorang lelaki bertanya tentang Al-Mahdi. Imam Ali KMW berkata,
"Begini." Lalu ditemukannya jari-jarinya sambil dikira sampai tujuh dan
berkata, "Dia akan muncul pada akhir zaman ketika orang-orang (munafik)
berkata bahawa Allah telah mati. Kemudian melaluinya (Al-Mahdi) Allah
mendatangkan untuk mereka awan mendung yang menutup langit lalu Allah
mempertautkan antara hati mereka sehingga mereka tidak berasa
keseorangan lagi malah akan lebih gembira jika ada orang lain yang
menyertainya. Bilangan mereka adalah seperti pasukan Badar. Sama ada
mereka itu pada permulaannya yang mendapatinya atau yang kemudian lalu
menyertainya. Bilangan mereka tetap (sama) seperti bilangan tentera
Talut yang berjaya menyeberangi sungai dengannya (Talut)."
8. At Talakan
Kata Sayidina Ali KMW
"Sejahteralah kepada At-Talakan. Sungguh, pada Allah itu ada
perbendaharaan-Nya, bukan emas atau perak tetapi lelaki-lelaki yang
mengenali Allah dengan ilmu yang hakiki dan mereka akan membantu
Al-Mahdi pada akhir zaman."
9. Tokoh Rufaqa Dan Wali Abdal
Sayidina Ali KMW berkata
"Apabila dia yang dari ahli keluarga Muhammad SAW keluar, Allah
akan mempertemukan para pengikutnya dari Timur dan Barat dengannya,
seperti bertemunya awan-awan pada musim luruh. Mereka adalah ar-Rufaqak,
mereka datang daripada penduduk Kufah, dan Wali Abdal yang datang
daripada penduduk Syam."
10. Umat Mencari Pemimpin
Dari Abdullah RA, dia berkata
"Ketika kami sedang berada bersama-sama Rasulullah SAW,
tiba-tiba datang sekumpulan Putera dari Bani Hasyim. Apabila baginda
melihat mereka, tiba-tiba air matanya berlinang dan wajahnya berubah.
Abdullah berkata, aku bertanya, "Kami melihat sesuatu yang tidak kami
senangi pada wajahmu?" Maka baginda menjawab, "Kami adalah Ahlulbait
yang Allah telah memilih bagi kami kehidupan akhirat daripada kehidupan
dunia. Sesungguhnya ahli keluargaku, sepeninggalanku nanti, akan
menerima bala bencana pengusiran dan pembuangan, sehingga datanglah
suatu kaum dari arah Timur yang membawa Panji-panji Hitam. Mereka
meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, lalu mereka berjuang dan
menang, lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak
menerimanya sehingga mereka menyerahkan kepemimpinan itu kepada salah
seorang lelaki dari ahli keluargaku. Dia lalu memenuhinya dengan berbuat
adil, seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan kezaliman. Barang siapa
di antara kamu semua yang menjumpai hal-hal tersebut, hendaklah dia
mendatangi mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salju." (Al-Hakim
& Ibnu Majah)
11. Imam Mahdi Dan Putera Bani Tamim
Dari Ibnu Umar RA yang menyatakan,
"Akan datang seorang perkasa, yang melalui lelaki perkasa itu
Allah akan memenangkan umat Muhammad SAW. Setelah itu keluarlah
al-Mahdi, kemudian al-Mansur, kemudian as-Salam, kemudian Ibnul 'Asab.
Wahai penduduk Yaman, bukankah kamu semua berkata sesungguhnya al-Mansur
adalah dari keturunanku? Demi Allah yang diriku berada di dalam
kekuasaannya, sesungguhnya ayah al-Mansur adalah (benar-benar)
berketurunan Quraisy. Sekiranya Allah hendak menunjukkan namanya hingga
datuknya yang terakhir, nescaya akan saya sebutkan. Kerana perkara ini
bersangkut paut dengan rahsia hari kiamat, maka tidaklah saya
sebutkannya."
Sabda Nabi SAW,
"Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang Putera
yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu
meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Putera dari
Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah
pemegang panji-panji al-Mahdi." (At-Tabrani)